Friday, November 3, 2017

Aplikasi Libby by Overdrive

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jom share mengenai aplikasi Libby by Overdrive ini..
Aplikasi ini untuk peminjaman buku secara online..
Tapi buku-buku luar negara ye..
Buku cerita Melayu tak ada..
Buku-buku ini boleh dipinjam selama 7 hari..
Selepas 7 hari buku ini akan dipulangkan semula kepada sistem itu.
Aplikasi ini tidak akan menggunakan ruang yang besar di talifon kita..

Muat turun ke dalam telefon bimbit atau peranti mudah alih anda..

 
Lepas dah muat turun, pergi ke Aplikasi itu dan buka..
 Klik dekat "Find My Library"

 
 Jangan bubuh Perpustakaan Negara Malaysia ye.. Sampai tahun depan pun tak akan keluar apa-apa..
Masukkan National Library of Malaysia..

 
Nanti Klik dekat National Library of Malaysia..

 
Keluar paparan diatas, klik dekat add it now..

 
Dekat bahagian Card Number boleh masukkan mana-mana nombor bermula pnm001 sehingga pnm999.. Pilihlah randomly nombor yang anda suka contoh : pnm027
 Ataupun boleh juga sign in menggunakan akaun Facebook..
Terpulang pada anda..

 
Bila dah sign in, bolehlah mula memilih buku yang ingin dibaca..

 
Bila klik dekat buku, akan keluarlah paparan diatas..
Klik pada perkataan borrow sekiranya nak meminjam..

 
Nanti bila keluar paparan diatas, klik je perkataan borrow..

 
Yeah!! Dah boleh mula membaca..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..