Wednesday, November 1, 2017

Hati Bila Cinta oleh Lynn Allyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang ke 202 untuk 2017..
Mood membaca tengah okay..
Buku ini Sha pinjam dari Perpustakaan..

Kisah mengenai Fenn yang kehilangan suami pada malam pertama mereka dinikahkan..
Bagaimana Fenn terpaksa melalui kesedihan akibat kehilangan..
Dihina rakan sekerja dan dituduh pembawa sial..
Fenn yang sedih berhenti kerja dan sambung belajar..
Saat hatinya semakin pulih datang pula dugaan dari seorang lelaki bernama DZ..
Mulutnya yang celupar sentiasa menyakitkan hati..
Kemudian datang pula Angah, abang kepada arwah suaminya..
Muka yang seiras membuatkan Fenn kembali teringatkan arwah..
Bagaimana agaknya perjalanan cerita mereka bertiga ini..

Pada Sha novel ini menarik..
Memberikan realiti kehidupan..
Bila perempuan jadi janda pasti dihina..
Pembawa siallah dan sebagainya..
Walaupun mak mertua masih baik dengan bekas menantu namun untuk menerima semula sebagai menantu, tak mungkin..
Sedikit sebanyak perasaan terkilan tetap ada..
Realiti kehidupan yang memang terjadi..
Tak rugi baca novel ini..
Adakah kita cintakan orang tu kerana orang itu atau kerana muka orang tu sama dengan ex kita..?
Walaupun mungkin topiknya sama tapi olahan penulis sangat menarik..
Penulis pandai bermain dengan emosi pembaca..
Adalah setitis dua air mata Sha tumpah semasa membaca novel ini.. Hehehe..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2017..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

4 comments:

  1. Banyakknya sha dah baca. Lagi sikit boleh capai 365 buku setahun. Tabik spring lah ana dekat sha :)

    ReplyDelete
  2. akak tak nk jual ke novel ni ? saya nk beli 😭😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. Tak jual.. Sebab ni pinjam dekat perpustakaan negara Malaysia..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..