Saturday, January 6, 2018

PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sha sharekan macam mana nak gunakan PNM e-Reader..

 
Mula-mula kenalah pergi dekat google play store..

Search PNM e-Reader dan klik Install..

 Sesudah anda muatturun aplikasi PNM e-Reader di Telefon bimbit anda, bolehlah mula menggunakannya.. Klik je dekat ikon PNM e-Reader dan paparan atas ini akan keluar.. Klik pada New User untuk pengguna baru..

 Bolehlah daftar ye.. Anda kena ingat email dan password.. Penting..

 Masukkan email dan password yang telah didaftarkan tadi.. Dan Sign In..

Klik dekat bahagian garis-garis tu untuk ke menu..

Dekat Menu ada Home, My Library dan store..

Klik dekat Store dan dia akan keluar gambar kat atas ini.. Sha selalu guna Chrome.. Bila kita klik Chrome apps ini akan bawa kita ke portal http://pnm.elib.com.my/..

Macam gambar diatas.. Klik dekat Menu (lambang tiga garis tu) dan klik login..

Masukkan email dan password kita tadi..

Yeah!! Dah boleh mula pipih buku..

Kalau malas nak scroll satu-satu, pergi dekat menu dan taip kata kunci contoh : mati lepas tu tekan search..

Ini adalah paparan semua buku yang ada kaitan dengan kata kunci mati.. Ada 7 page semuanya..

Kalau buku tu tak ada dalam stok dia akan keluar perkataan Reserve macam dalam gambar diatas.. Kalau memang kita nak baca, klik je perkataan reserve tu, bila buku available notis akan dihantar ke email kita..

Kalau buku available akan ada perkataan borrow dibahagian bawahnya.. Klik je dan buku tu akan masuk dalam library kita..

Pergi dekat menu untuk tengok buku yang kita reserve dan borrow..

Bila dah selesai pinjam bolehlah keluar dari website tu dan ke Apps PNM e-Reader.. Klik dekat perkataan Borrowed.. Maka terpaparlah buku yang kita pinjam.. Klik dekat titik-titik tiga tu untuk download terlebih dahulu..

Bila ada gambar right warna hijau tu, maknanya buku telah boleh dibaca..
Klik pada buku tu dan bolehlah mula membaca.. Slide sahaja ke kiri.. Mudahkan..

Boleh pinjam sampai 5 buah buku dalam tempoh tujuh hari.. Kalau nak return sebelum tarikh boleh ke website http://pnm.elib.com.my/.. Nak browse guna komputer pun boleh.. Klik je http://pnm.elib.com.my/.. Mudah dan sangat praktikal sebenarnya.. Tapi feel membaca buku fizikal dan ebook tetap tak sama..

16 comments:

  1. Bestnyaa.
    memang satu buku tu la boleh baca yer ? Bukan setakat beberapa bab ?

    ReplyDelete
  2. dulu pernah try tapi lupa dah sebab apa takboleh haha

    ReplyDelete
  3. wah.. menariknya apps ni kak sha! jumpa pasal apps ni bila baca entri pasal misteri lif berhantu kak sha tu la. nnt mat nak try.

    ReplyDelete
  4. nak try pakai app ni pula sebab skrang macam malas nak beli buku..

    ReplyDelete
  5. kak sha, bila dah reserve mmg kena tunggu confirm dulu baru boleh baca buku tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau reserved, tiara kena tunggu sampai buku tu available dan PNM akan hantar email makluman mengatakan buku tu dah available untuk dipinjam, baru Tiara boleh pinjam..

      Delete
  6. Replies
    1. Ha a.. Auto return bila cukup tempoh pinjaman..

      Delete
  7. wahhh, boleh baca online ye..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..