Monday, February 5, 2018

Kota Teroris Zodiak oleh Amirul Idham

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Permulaan novel ini sangat menarik.. Penerangan mengenai 4 orang yang terkaya dan salah seorang daripada mereka diculik dan dibunuh secara langsung dikaca tv.. Penjahatnya menggunakan nama Zodiak.. Setiap kali pembunuh ingin membunuh mangsanya, pembunuhan tersebut akan diaiarkan secara langsung di kaca tv.. Memang mengerikan bila baca perincian keadaan mangsa yang diculik dan dibunuh.. 

Membaca novel ini, jantung berdegup laju sebab ceritanya yang penuh aksi dan debaran.. Polis dan penjahat sangat mantap dan menonjol.. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.. Dendam bukanlah tiket untuk manusia mengambil tindakan sendiri.. Kerana setiap tindakan itu pasti akan ada yang terkorban.. 

Sha mula membaca dan selesai pada 02.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

4 comments:

  1. Menarik jalan cerita novel ni. Tertarik pula ana nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca ana.. cuma perlu download app pnm e-reader je..

      Delete
  2. saya follow penulis novel ni di twitter.selalu tanya dia, x nak tulis lagi ke..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kisahnya menarik.. harapnya penulis ini akan menulis lagi..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..