Tuesday, February 27, 2018

Lintah oleh Illya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Berjaya beli dan baca novel ini.. Lama sebenarnya Sha tunggu novel ini diterbitkan sebab penulis rajin share teaser mengenai novel ini.. Walaupun Sha geli dengan Lintah tapi teaser dari penulis ini berjaya memikat hati Sha.. Buku ini sampai ke tangan Sha pada22.02.2018.. Disebabkan dah kerap sangat baca teaser dia, bila dapat buku ini, memang tak tunggu lamalah..

Pada Sha, penulis memberikan garapan yang terbaik dalam Lintah ini.. Selain penerangan mengenai santau, penulis juga berkongsi mengenai cara melindungi diri.. Bukan sekadar bacaan ringan tapi ada ilmu didalamnya.. 

Santau lintah dipelajari kerana taksub dengan ilmu hitam.. Dari sekadar mencuba akhirnya menjadi ketagihan kerana seronok melihat darah dan seksa mangsa.. Maka satu demi satu rakan sekelasnya menjadi mangsa.. Muka yang baik dan tidak bersalah membuatkan dirinya tidak disyaki.. Dia berjaya mengelabui mata kawan-kawannya.. Tapi sepandai-pandai dirinya, tetap tertangkap juga.. Saat kebenaran terbongkar, pengkhianatan seorang sahabat memang menyakitkan.. Sedih juga pengakhiran cerita ini..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2018..

 
Bila beli buku dengan penulis, banyaklah gift yang Sha dapat..
Button badge, keychai with mirror dan buku nota..
 
 
Tak ketinggalan tandatangan dan ucapan dari penulis..

5 comments:

  1. alamak comel...camna nak beli yg ada sign camni gak kak? mcm best je...alaaa jeles !

    ReplyDelete
  2. wah macam mana nak daptkan buku ni

    ReplyDelete
  3. Salam blogwalking puan, baru pertama kali saya sampai disini.

    ReplyDelete
  4. bestnya..banyak betul gift yg akak dapat :D

    ReplyDelete
  5. Heheheh dah agak mesti best. Ika nak beli nanti :) Hehe
    Updated!
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/book-review-projek-seram-pulau.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..