Tuesday, February 27, 2018

Nasi Lemak Buah Bidara oleh April Snow

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha baca novel ini sebab tajuknya Nasi Lemak Buah Bidara.. Kawan-kawan mesti pernah dengar pantun ini kan Nasi Lemak Buah Bidara, Sayang Selasih Hamba Lurutkan, Buang Emak Buang Saudara, Kerana Kasih Hamba Turutkan..  Novel ini memang betul-betul mencerminkan maksud pantun yang Sha sharekan ini.. Kerana terlalu mengikut kata hati, anak dan keluarga menjadi mangsa.. Siti mangsa keadaan.. Membesar dengan cacian dan cercaan akibat dendam yang tertinggal.. Namun Siti membesar menjadi anak yang sopan, baik dan sentiasa memegang agama di jiwa.. Bertemu pula dengan Akhmal yang juga bagus pekertinya.. Maka bersatulah mereka sebagai suami isteri.. Dugaan datang melanda namun melatah bukanlah mereka.. Masalah mendatang diselesaikan dengan baik berpandukan agama bukanlah nafsu..

Sha suka baca novel ini walaupun panjang dan sikit meleret sebab banyak perkongsian petikan tafsiran ayat suci Al-Quran.. Walaupun cerita ini seolah-olah fairy tale cinderella tapi masih seronok Sha baca.. Hubungan antara keluarga Akhmal dan Siti sangat bagus.. Seburuk mana pun Siti mereka menerima dengan baik.. Itulah yang sepatutnya kita lakukan.. Bukan menghina atau mengkeji.. siapa pun manusia itu, bagaimana pun kelahirannya kita tak berhak menghukum.. Tahniah buat puna penulis..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2018..

 
Kebetulan terjumpa Buah Bidara.. So kita jadikan props.. Hehehe..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

6 comments:

  1. pernah sekali makan buah bidara, sedap jg..

    ReplyDelete
  2. teringin pula nak makan buah bidara tu

    ReplyDelete
  3. nampak menarik buah bidara tu...wakakakak..lain org tunjuk, lain yg dinampaknya...

    ReplyDelete
  4. sedap ke nasi lemak buah bidar tu... hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..