Tuesday, April 3, 2018

Dracula: Bermulanya Sebuah Legenda oleh Al Ghazali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menyampaikan kisah mengenai Vlad III Dracula, pemerintah Wallachia bermula dari zaman kanak-kanak beliau hinggalah beliau dewasa. Beliau pernah menjadi tahanan politik di istana Empayar Turki, disini beliau belajar mengenai banyak perkara.. Semasa menjadi tahanan di sini adik beliau iaitu Radu telah memilih untuk berkhidmat dengan Turki.. Malah Radu berasa seronok berada di Turki.. Disebabkan inilah Vlad menjadi lebih berdendam dan beliau membesar dengan dendam yang membara di jiwa.. Hingga menyebabkan beliau menjadi seorang yang kejam, terutamanya kepada orang Turki. Beliau hauskan darah dan kekejaman dan itu lah yang menjadi inspirasi kepada kisah-kisah budaya popular Dracula.. Tapi Vlad III Dracula bukanlah mahkluk gelap yang mmpunyai taring untuk menyedut darah manusia..

Sha baca dan selesai pada 03.04.2018
(ebook - PNM e-Reader)
Sinopsis: Novel ini mengisahkan hidup Vlad III Dracula, pemerintah Wallachia sejak dari kecil sampai beliau dewasa. Kisah bagaimana dia menjadi tahanan politik di istana Empayar Turki, dan kemudiannya dengan dendam membara, dia menjadi seorang yang kejam, terutamanya kepada orang Turki. Dia hauskan darah, dan kekejaman itu menjadikan inspirasi kepada kisah-kisah budaya popular Dracula.

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..