Friday, August 3, 2018

Drama Korea Terbaru Ogos 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Drama Korea yang dinanti-nantikan.. Drama Voice Musim 2.. Musim 1 memang best.. Sha dah tengok dah.. Boleh baca review Sha di SINI.. Satu lagi Drama Lovely Horribly, kalau baca sinopsis macam menarik.. Pelakon pun macam best..

Voice Musim 2
- OCN, 16 Episod (Sabtu dan Ahad)
- Tayangan bermula 11 Ogos 2018
- Bertemakan Penyiasatan/Jenayah/Thriller
- Dibintangi Lee Hana, Lee Jin Wook

Drama ini berlatarkan pusat panggilan kecemasan polis 112 di Korea. Pusat panggilan itu mengejar penjenayah termasuk pembunuh bersiri. Mengisahkan seorang pegawai polis wanita yang berkerja di pusat panggilan kecemasan itu, yang mempunyai kebolehan dalam mendengar dengan jelas keadaan sekeliling walaupun sehalus-halus bunyi, dan akan membantu detektif mencari lokasi kejadian berpandukan bunyian yang didengarinya.

 Lovely Horribly
- KBS2, 16 Episod (Isnin dan Selasa)
- Tayangan bermula 13 Ogos 2018
- Bertemakan Romantik Komedi/Horror
- Lakonan Song Ji Hyo, Park Shi Hoo

Lovely Horribly mengisahkan seorang lelaki dan wanita dengan takdir misteri. Lahir di waktu yang sama namun memiliki nasib berbeza, yang seorang sentiasa beruntung, pihak lainnya pulak sentiasa menerima nasib malang.
Park Si Hoo berperanan sebagai Yoo Philip, pelakon terkenal yang sangat berjaya dalam kerjayanya dan selalu bertuah. Song Ji Hyo membawa watak sebagai Ji Eul Soon, seorang penulis skrip drama yang selalu malang nasibnya, dulunya merupakan atlet judo negara yang pernah meraih pingat emas.

7 comments:

  1. nampak menarik cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. skrg duk layan 2 kdrama dah, kluar lagi drama baru

    ReplyDelete
  3. Kakak ipar confirm tengok citer korea ni. lagi la latest. thriler plak tuuu :D

    ReplyDelete
  4. rabia masih tak boleh move on dengan drama korea what wrong with secretary kim.siap tgk ulangan lagi kat youtube.

    ReplyDelete
  5. Akak sekarang dah banyak tengok cerita korea based on review2 Sha 😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..