Friday, November 23, 2018

Belanja Amani Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..


Semalam dah gaji.. Makanya sampailah masa untuk Sha menunaikan janji dengan Amani.. Kalau beliau dapat No 3 ke atas di sekolah, Sha akan belanja Amani 2 buku cerita.. Oleh kerana Amani cemerlang di sekolah pagi dan juga petang, makanya dapatlah beliau 4 buah buku.. Sha bawa Amani ke Petronas sebab buku-buku yang dia nak beli itu ada dijual di Petronas.. Koleksi buku dan komik keluaran Ana Muslim.. Amani memang dah ada sebuah novel siri Amani ini.. Kebetulan memang nama dia kan dekat buku tu.. Seronoklah Amani.. Sampai buku-buku itu dia bawa tidur..

Buku pilihan Amani.. 2 komik dan 2 novel..
Yeay, Amani Dah Berani!
Emily, Kawan Baharu Amani
Pija Nak Jadi Superstar
Pada Suatu Hari

Yang ini untuk Imani.. Kakak je dapatkan, adik pun nak juga.. Ini buku aktiviti dan ada komik juga..

14 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..