Sunday, November 25, 2018

Pra Tempahan Novel Penyeru & Kasyaf Ain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sukses.. Berjaya menempah dua buah novel thriller dari dua penulis yang ohsem.. Novel Penyeru oleh Resmanshah dan Kasyaf Ain oleh Ramlee Awang Murshid.. Sha buat kedua-dua tempahan ini pada 23.11.2018.. Hadiah paling ohsem untuk diri sendiri sempena ulangtahun kelahiran Sha..

 Novel Penyeru ini Sha nak beli dengan penulis sebenarnya tapi disebabkan penulisnya ada masalah kesihatan dan tak boleh memandu, makanya Sha buat pra tempahan dengan Karangkraf Mall.. Nak jadi antara yang terawal memiliki novel ini.. Sha dah baca kebanyakkan novel penulis ini.. Kalau tengok cover novel ini memang ohsem dan menawan tau.. Tema warna kesukaan Sha.. Merah, Putih dan Hitam.. Manakala Kasyaf Ain ini adalah terbitan RAMFC Store dan tidak akan dipasarkan dikedai sebaliknya hanya dijual secara atas talian sahaja.. Kebetulan je ternampak pos ini.. Kalau tak memang tak ada rezekilah.. Nanti jadi macam buku Mitos beliau.. Lepas tak diterbitkan, ramai yang memilikinya menjual dengan harga yang tak munasabah.. 

Penyeru oleh Resmanshah
Harga yang Sha bayar untuk pra tempahan ini ialah RM28.50 termasuk postage..

Kasyaf Ain oleh Ramlee Awang Murshid

Update: Kedua-dua buku ini selamat sampai ke tangan Sha pada 06.12.2018.. Ohsemlah.. Tempah serentak, sampai pun serentak..

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..