Friday, December 14, 2018

Bayar Duit Buku Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Khamis (13.12.2018) tu Sha pergi bayar duit buku sekolah pagi untuk Amani.. Bayaran semua RM109 termasuk 2 helai seluar sukan dan 2 helai baju sukan.. Itupun Sha beli buku lebih dari yang ditulis atas senarai buku yang diberi sekolah.. Sebabnya tahun-tahun sebelum ini bila beli buku cukup-cukup macam dalam senarai nanti bila masuk bulan ke 7 je Amani punya buku latihan mesti tak cukup.. Lepas itu bila nak beli dekat koperasi sekolah asyik tak ada saja.. Tu yang Sha beli lebih siap-siap tahun ini.. Harapnya cukuplah sampai hujung tahun..

Tinggal nak bayar untuk sekolah agama saja lagi dan juga kasut sekolah tak beli lagi.. Kawan-kawan dah selesai ke pembayaran?

buku tulis, seluar track dan baju Pendidikan Jasmani..

Yang belum dapat lagi Baju rumah kuning, Buku peraturan, blok lukisan dan buku aktiviti..

5 comments:

  1. wahhh rumah kuning ye? hehhee. Alhamdulillah kak sha done bayar buku amani :D

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi sekolah akan buka, semua dah busy nak beli itu ini.

    ReplyDelete
  3. Asalam..tahniah dah beli keperluan ank sekolah..tak pening kepala dah lepas ni..

    ReplyDelete
  4. banyak sgt ke amani tulis smpi kejap je dah penu 1 buku?😊

    ReplyDelete
  5. Awal.dah Beli.. mama.belum.lagi beli

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..