Sunday, March 24, 2019

Zine Pilihan Lain Selain Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia bacaan, anda mungkin boleh bermula dengan Zine.. Ini kerana cerita di dalam Zine tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Tidak bermakna cerita di dalam Zine tidak mempunyai isi.. Cuma penyampaiannya lebih ringkas dan padat.. Zine juga sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana biasanya zine akan dicetak dalam kuantiti yang terhad, bergantung kepada penulis.. Malah layout atau designnya juga lebih cantik dan unik.. Zine juga merangkumi pelbagai bentuk penulisan seperti komik, puisi, prosa, anekdot, artikel dan juga cerpen..

Pembaca boleh dapatkan zine ini terus dengan penulis atau penerbit yang memang fokusnya menerbitkan zine.. Ada penulis terkenal yang menerbitkan zine sendiri seperti Maria Kajiwa, Illya Abdullah, Web Sutera dan ramai lagi.. Penerbit pula anda boleh cuba tengok di Terbitan Langit dan Legasi Oakheart.. Boleh juga beli di Kedai Saharil.. Setiap Zine biasanya dijual dalam harga RM10 hingga RM20 tidak termasuk pos/termasuk pos, bergantung kepada penerbit.. Kalau anda sebagai pembaca berminat untuk menghasilkan zine bolehlah berhubung dengan Tukang Cetak Zine untuk proses cetakan dan design kulit zine anda.. Kuantiti cetakan juga bergantung kepada penulis.. Ada yang buat dengan jumlah yang terhad dan ada juga secara banyak.. Zine juga boleh dicetak sendiri sebab menggunakan stapler sahaja..

#MalaysiaMembaca

Antara yang keluar bila anda search ZINE di Google..

10 comments:

  1. bagus la sha..semua dia baca..cik nor bg apa pun..bc jap trus mata layu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang suka semua jenis bacan.. hihihi..

      Delete
  2. tak pernah baca zine ni sekarang, kalau komik jepun atau komik zaman budak-budak tu pernah la layan dulu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah Tiara.. Menarik tau.. lebih cepat habis dan hadam.. hehehe..

      Delete
  3. Saya pun ada baca zine baru-baru ni. Mula-mula tahu tentang zine ni di blog Kak Sha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! suka dapat memperkenalkan sesuatu yang baru..

      Delete
  4. sy belum ada koleksi zine lg. mgkin KLIBF thn ni nk try cari zine pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! Selamat membaca dan mengumpul zine ye Anies..

      Delete
  5. First time mama dgn zine ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..