Sunday, April 21, 2019

Pindah Rumah - Mengecat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam (20.04.2019) encik suami dah mulakan aktiviti mengecat rumah lama.. Hasil seni Amani dan Imani, haruslah dihilangkan.. Bilik-bilik dah settle dengan jayanya.. Ruang tamu amik masa sedikit sebab karya yang dihasilkan sangat meriah dan luar biasa banyaknya.. Jenuh juga nak cat bagi hilang.. Sementara encik suami mengecat, Sha pula mengasingkan barang yang nak dibuang, didobi dan dibawa turun.. Pinggan mangkuk kena balut dengan suratkhabar bagi mengelakkan sebarang kepecahan.. 來來..


Kami nak selesaikan rumah atas terlebih dahulu, barulah boleh buat rumah bawa pula.. Sekarang memang bawa turun dan longgok je dulu.. Sambil Sha punggah dan kemas, Sha jugalah runner yang keluar beli makan.. Memang tak daya nak masak bagai.. Makan pun tak berapa.. Lebih pada minum air.. Harap-harap turunlah berat, duk senam turun naik tangga.. 藍藍

Mana-mana barang yang elok dan tak nak simpan, Sha bagi kat adik-adik.. Ada yang Sha bungkus elok-elok dan letak dekat tempat sampah.. Tapi tak campak dalam tong lah.. Letak dekat tangga.. Kot ada yang nak, bolehlah ambil dan guna..

Dalam pada sibuk mengecat, almari yang kami pesan pun sampai.. Untuk gantung baju kerja Sha, encik suami dan baju sekolah anak-anak..

9 comments:

  1. hasil seni tu ssh skit..hihi

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak mengecat..huhu... Waena apa tuuu

    ReplyDelete
  3. So, rumah lama ni nanti nak sewakan ke Sha? Dah pindah masuk rumah baru ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha duk kuarters.. Dapat pindah bawah.. Rumah lama ni kena pulangkan balik kat pengurusan.. Sebelum serahkan kena elokkan balik, macam masa kita mula-mula masuk..

      Delete
  4. rajinnya mengecat..saya bila entah nak cat rumah..especially dinding yang kena conteng oleh anak2 bertuah ni.hehe

    ReplyDelete
  5. Anak-anak kan...memang hasil seni diorang sangat kreatif...menyirap je mak ayah tengok...

    ReplyDelete
  6. memang betul. bila dah penat, mkn minum pun dah x berselera...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..