Friday, May 17, 2019

Gotong Royong Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
hye semua..

Semalam ada gotong royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam tempat Sha kerja ini.. Masak satu periuk besar bubur lambuk dan satu periuk besar bubur kacang hijau.. Sha joint team membawang.. hehehe.. Kami ke Pusat Islam jam 9 pagi untuk tugas-tugas memotong bawang, halia, bawang putih, lobak merah, daung bawang dan daun sup.. Sebab buat satu periuk je, kejap je dah siap aktiviti memotong.. Lepas tu balik pejabat baliklah.. Sambung buat kerja.. Yang memasak team lain.. Petang team lain pula membungkus.. Begitulah bila ramai staf.. Berbahagi tugaslah kami.. Pengarah pun joint team membawang.. Hehehe..

Seronok juga bila joint aktiviti macam ini.. Bertemu staf dari jabatan lain.. Beramah mesra dan bermasyarakat.. 

Agihan pula dilakukan sebelah petangnya..

 Bubur lambuk dalam proses..

Aktiviti membawang.. Hehehe..

Sha dapat dua bekas.. 1 bekas bubur lambuk dan 1 lagi bubur kacang hijau + jagung.. Malam tu pula encik suami bawa balik sebekas bubur lambuk..

11 comments:

  1. kalau ana memang suka join aktiviti mcm ni. seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha jarang dapat peluang Ana.. sebab selalunya mereka buat masa student ada kan.. Memang tak bolehlah nak joint..

      Delete
  2. wah bestnya!! seronok dpt ramai2 cmni kan

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya bubur lambuk!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya bubur lambuk tu😋.

    ReplyDelete
  5. puasa ni tak sempat merasa lagi bubur lambuk! Bestnya gotong royong masak mesti meriah

    ReplyDelete
  6. bln ramadan dgn bubur lambuk mmg xleh dipisahkan..

    ReplyDelete
  7. Join aktiviti macam ni memang bagus dapat merapatkan ukhwah.
    dan lagiii... dapat jugak bubur percuma.

    ReplyDelete
  8. meriah gotong royong buat bubur lambuk rmi2 tu

    ReplyDelete
  9. Suka tengok aktiviti berkancang sebegini. Seronok kan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..