Thursday, May 30, 2019

Intuisi oleh Saiful Amin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Sabar jelah dengan perangai mereka berempat ini.. Dahlah penakut, sebok juga tu nak mencari hantu dan syaitan.. Bila disergah, masing-masing lintang pukang melarikan diri.. Dalam pada takut, asyik juga ke sana sini mencari dan merakam hantu.. Dalam masa yang sama Naim, watak utama dalam buku ini diganggu penampakkan makhluk berkepala kucing.. Kemudian emak Naim mati dalam keadaan misteri.. Apa sebenarnya yang mengganggu Naim..? Kenapa kawan-kawan Naim turut diganggu hingga ada yang terbunuh dan Naim sendiri nyaris dibunuh?? Ada musuh dalam selimutkah?? Persoalan dan isi yang disampaikan penulis memang menarik.. Walaupun masih baru dan ini buku pertama beliau, cubaannya berhasil.. Pengajaran dihujung cerita, dah tentulah mengenai pegangan agama kita.. Bila semuanya terhasut, maka bersoraklah syaitan menambah umat..

Sha baca pada 27.05.2019 dan selesai pada 29.05.2019..

Koleksi Sha..
Published April 2019 by Buku Prima

15 comments:

  1. setakat ni belum pernah baca buku ber-genre seram lagi... hu hu hu....

    ReplyDelete
  2. belum ada kekuatan nak baca novel atau kisah-kisah macam ni..hehehe..tapi bila setip kali baca sinopsis yang dikongsi..rasa teruja tu ada.

    ReplyDelete
  3. Bestnye sha masih boleh dating dengan novel.. lea dah tak de mase sha..

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama tak membeli novel genre macam ni. Jarang ke kedai buku sekarang. Biasanya beli novel direct dari penulis je sekarang tapi bukan genre macam ni.

    ReplyDelete
  5. takut tapi nk buat jg ek adehhh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Terima kasih sbb review novel pertama saya puan. Saya saja2 tekan review novel saya dan terjumpa blog puan ni. Maafkan saya kerana banyak kekurangan. Saya ada baca beberapa review negatif di fb tapi saya telan sajalah.haha. Saya sedar saya belum cukup pengalaman dan perlu improve skil penulisan saya. Terima kasih sbb beri review yg positif. Saya benar2 hargai. Syukur alhamdulillah. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Sama-sama.. Moga encik terus menulis..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..