Saturday, June 1, 2019

Kasut Black Hammer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memandangkan kasut kerja Sha dah pun koyak dibahagian tapaknya, maka beli kasut barulah kita.. Tapi budjet tak besar.. Kalau beli kat kedai memang mahal melampau.. Hahaha.. Jadinya Sha beli secara online je.. Rasa macam nak cuba kasut lelaki pula, maka Sha beli sepasang kasut yang sama macam encik suami tapi saiz kecik.. Malangnya saiz yang Sha beli tu besar dan longgar.. Sha amik saiz 6 sebab pernah beli sebelum ini design lelaki memang saiz 6 tu ngam kat kaki.. Beli hari Khamis 23.05.2019 dan kasut sampai 24.05.2019.. Rasa macam nak nangis bila kasut tu longgar dan macam kasut Ronald McDonald.. Hahaha.. Encik suami suruh telefon kedai tu tanya boleh tukar ke tak.. Masalahnya kasut sampai hari Jumaat dan Sha buka tu lepas balik kerja, conformlah kedai dah tak beroperasi.. Positifkan diri yang esoknya (Sabtu) kedai tu beroperasi.. Pukul 10 pagi Sha cuba telefon dan alhamdulillah ada orang jawab.. Sha cuma perlu bayar kos pos untuk hantar balik kasut ke kedai dan kos pos untuk kedai hantar kasut saiz baru kepada Sha.. Alhamdulillah.. Barulah ceria rasa hati.. Hehehe.. Terus ajak encik suami ke Tanjong Malim untuk pos semula kasut ke kedai..

Inilah dia kasut yang Sha beli.. Mesti pelikkan Sha beli kasut lelaki.. Kasut lelaki ini mahal dan tahan lama.. Saja Sha nak cuba, sesuai tak kalau Sha pakai kasut lelaki ini dan berapa lama ketahanan dia untuk orang macam Sha yang pakai hari-hari dan kerap berjalan.. Kalau tahan lama, memang beli kasut lelaki jelah lepas ini.. Hahaha.. 

Kasut berjaya tukar dan sampai pada 29.05.2019.. 

7 comments:

  1. lebih selesa pakai kasut macam ni

    ReplyDelete
  2. Nasib baik boleh tukar. Kalau tak, simpan sebagai koleksi atau bagi orang lain jelah. Kasut saya pun selalu rosak sekarang ni sebab asyik pakai kasut yang sama je untuk pergi kelas😂.

    ReplyDelete
  3. hahahaha jadi kasut mcdonald tu kelakar la kalau pakai. Nasib boleh tukar fuhhh selamat!

    ReplyDelete
  4. sy penah jg beli kasut lelaki sbb jd pengawas dulu... tp pakai kejap je sbb lbh selesa pakai kasut putih

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..