Monday, October 14, 2019

Novel | Puaka Taman Tema oleh Del Osmera, Zehann Ur Rakhie, Khairul Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Balik dari buat Pinjaman Kelompok di PNM je, mesti makin banyak bahan bacaan yang Sha dapat baca.. Antaranya ialah novel ini.. 

Takbur oleh Del Osmera
Cerita bermula dengan kata-kata takbur dari Irfan dan Ucop yang tidak mempercayai Rafi.. Mereka tetap meneruskan percutian yang dirancang.. Semasa berada di taman tema, mereka mula diganggu.. Padah akibat mulut celupar mereka mula memakan diri.. Berjayakah mereka menyelamatkan diri dari puaka tempat itu..

Misteri Teratai Park oleh Zehann Ur Rakhie
3 orang pelajar kolej yang ingin mencari tempat praktikal telah menemui taman tema ini.. Pada mulanya tidak ada keganjilan namun semakin lama mereka di situ, pelbagai perkara mula mengganggu.. Dimanakah mereka sebenarnya? Masih hidupkah mereka?

Along oleh Khairul Ahmad
Ceritanya bermula bila seorang budak terlalu seronok menyakat.. Tanpa sedar telah menyebabkan kemalangan berlaku.. Lalu syaitan mula menjalankan kerjanya.. Memang menarik cerita yang ini..

Sha baca dan selesai pada 11.10.2019..


Published September 2018 by Penerbit X

6 comments:

  1. bab mulut celupar tu memang dah klise sangat dah.

    ReplyDelete
  2. Macam best buku nie.. Kak Sue suka juga baca cerita macam nie walaupun penakut sebenarnya.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Kut nak baca karang takut nak pegi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..