Thursday, October 31, 2019

Wattpad | The Silent Killer: Permata oleh NurIzzahHani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada Novel The Silent Killer oleh NurIzzahHani.. Boleh baca review Sha di SINI..

Novel ini tidaklah sepenuhnya sebab yang ini versi Wattpad.. Kalau versi novel lebih panjang dan ada kisah Furqan dan cinta hatinya..

Novel ini selepas Hani dan Irfan berkahwin.. Mereka punya 3 orang anak iaitu Furqan, Aqil dan juga Aqilah.. Furqan sering diketepikan kerana beliau anak sulung dan diletakkan tanggungjawab untuk menjaga mamanya dan adik-adik ketika Irfan keluar menjalankan tugas dan Hani melaksanakan kerja di syarikat travel.. Kerana sering diabaikan Furqan sering merasa rendah diri dan tak mampu meluahkan perasaannya dengan betul.. Masalah pembelajaran dan juga persekolahan tak dapat dikesan oleh Hani dan Irfan sehinggalah Cikgu Wan berjaya mengesan masalah sebenar Furqan.. Dari sini Furqan mula diberikan perhatian dan dibawa berjumpa dengan pakar psikologi kanak-kanak.. Barulah Hani dan Irfan peka tentang masalah Furqan..

Novel ini menceritakan tentang sikap dan perhatian ibu bapa kepada anak-anak.. Diselitkan dengan perangai gila-gila romatik Irfan terhadap Hani.. Menarik.. Teringin pula nak baca novel penuhnya.. hehehe..

Kalau berminat nak baca boleh klik link di bawah..
https://www.wattpad.com/story/93026010-tsk-permata

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..