Sunday, January 5, 2020

Animasi Bersiri Malaysia | The Amazing Awang Khenit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi yang ohsem sebenarnya.. Pernah bersiaran sekejap di tv tapi tak ingat channel mana.. Sekarang ini bersiaran secara terus di Channel Youtube seadstudios.. Last update pada 24 Dis 2019 iaitu episod 38 dengan tajuk Projek Animasi Mantop..

Sha sekeluarga memang sukalah dengan animasi Awang Khenit ini.. Dekat di hati sebab gaya lukisannya macam membaca majalah komik APO.. hehehe.. Siapa-siapa yang pernah baca APO mesti suka punya dengan animasi Awang Khenit ini.. Ceritanya walaupun kisah superhero namun dekat dihati.. dengan pakaian dan cameo-cameo luar biasa.. Memang memikat hatilah.. Sikap Awang Khenit yang suka menolong tu bagus dijadikan teladan pada anak-anak..


The Amazing Awang Khenit menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Awang yang tinggal di sebuah negeri bernama Indrasakti. Tubuh badan beliau tidak boleh membesar dan sentiasa bersaiz kerdil sejak berusia sepuluh tahun akibat terkena sumpahan makhluk ganjil yang sering mengganggu keluarganya. Sejak kejadian itu, ayah dan ibunya telah hilang secara misteri. Keseluruhan masyarakat di Indrasakti memanggil Awang dengan gelaran Awang Khenit kerana tubuhnya yang sentiasa kecil dan tidak membesar itu. Namun begitu, Awang mempunyai sifat mulia dan gemar menolong penduduk di Indrasakti.

Lapan tahun kemudian, seorang penjual kain yang buta telah terjatuh ke dalam lubang baja kompos di tengah-tengah bandar Indrasakti. Awang yang gemar menolong telah menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada peniaga tersebut. Terharu atas pertolongan Awang, peniaga yang buta itu telah menghadiahkan sehelai kain ajaib buat Awang. Dengan memakai kain tersebut, Awang telah mendapat satu kuasa luarbiasa iaitu beliau boleh terbang di udara dan kekuatan bersamaan sepuluh orang manusia. Bersama teman rapatnya Badang, mereka bersama menjaga keamanan Indrasakti dari ancaman penjenayah, raksasa dan segala bentuk kejahatan yang mengganggu Indrasakti.

13 comments:

  1. Malaysia banyak cerita2 menarik utk dibuat movie animasi..

    ReplyDelete
  2. husband ummi minat sanagt dgn cerita ni..kalau tgk mmg gelak2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berdekah gelak kalau tengok cerita ini

      Delete
  3. cite ni tayang kat tv3. best juga cite dia, ada laa tertengok sekali sekala..hehe

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. anak2 kak pun suka sangat kartun ni. kak pun kadang layan jugak tengok, hehehe

    ReplyDelete
  5. saya pun suka. Kelakar. Masa tayang kat tv3 dulu selalu tengok

    ReplyDelete
  6. Dulu Ada buku Kan.. sebab tajuk ninmmg familiar sgt la

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..