Wednesday, January 1, 2020

Goodreads | My Year 2019 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry wajib bila habis tahun.. Jom tengok berapa banyak buku yang berjaya Sha baca sepanjang 2019 ini.. Selain buku fizikal, Sha juga baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader, Libby by Overdrive, E-Sentral Reader dan terbaru Oakbee Buffet.. Genre kesukaan Sha dah semestinya seram dan thriller tapi Sha juga membaca genre-genre lain.. Cuma keseronokkan membaca genre seram dan thriller itu lebih sikitlah dari genre lain.. hehehe..

Ini adalah perjalanan Sha membaca buku untuk tahun 2019..

Jumlah muka surat dan buku yang Sha berjaya baca.. Target 230 buah buku je, saat-saat akhir berjaya pula lebih dari target..

Buku paling pendek dan nipis dah tentulah buku kanak-kanak.. Manakala buku paling panjang dna tebal ialah buku Melur Jelita yang bertajuk The One..

Buku yang paling popular Sha baca ialah buku Harry Potter bertajuk Philosopher Stone yang dah dialih bahasa dan yang tak popular pula ialah buku terbitan Karangkraf bertajuk Mila's Big Splash..

Ini review pertama Sha untuk tahun 2019.. Buku nukilan Hilal Asyraf.. Buku yang menarik..

Buku terakhir pula ialah buku cinta yang bertajuk Ulam Kasih Sambal Cinta..

Lebih 39 buah buku dari target.. Alhamdulillah..

8 comments:

  1. seronoknya bila buku dibaca lebih dari yang dijangka. ^^

    ReplyDelete
  2. wah banyak tu buku yg dibaca. tahniah kak sha :)

    jemput join https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/segmen-bloglist-2020.html

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah.. Terbaiklah, Sha! Lebih 200 tu berjaya baca buku. Saya setiap tahun target berkurang. Tahun lepas target nak baca 15 aje, yang berjaya betul-betul baca, 6 buah buku aje. Hahaha. Teruk betul.

    Semoga tahun 2020 ni lagi bersemangatlah nak baca buku. Nak ambil semangat Sha lah. =D

    Tahun 2020 ni target nak baca berapa buku pula?

    ReplyDelete
  4. wah bestnya ada tracking macam tu. boleh tahu kita nih banyak membaca atau tidak kan.
    tahniah untuk jumlah buku yg telah berjaya dibaca dan selamat tahun baru 2020

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Kak Sha. Sampai sekarang saya tak buat lagi akaun Good reads. Mudah-mudahan pada tahun 2020, lebih banyaklah review novel boleh dibuat. Di blog pun dah jarang buat review novel sebab x sempat.

    ReplyDelete
  6. fuhhh salute dengan akak.... dana nk dapatkan 50 buku setahun pun payah hehehhe

    ReplyDelete
  7. rajinnya sha banyak baca buku. tak tahu lah diri sendiri bila nak rajin macam sha hii

    ReplyDelete
  8. myra pulak baru tahun ni nak record all my reading activity through Goodreads. hehe

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..