Saturday, January 4, 2020

Novel | Hasutan Iblis oleh Illya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mulakan pembacaan dengan genre kegemaran Sha.. Hehehe.. Seram penyiasatan.. Buku ini buku baru terakhir untuk tahun 2019 yang Sha beli.. Hehehe.. Tak berjaya menyekat emosi membeli..

Kisah mengenai Baim seorang bekas polis yang boleh melihat mahkluk yang tak sepatutnya serta menangkap gambar makhluk-makhluk itu.. Baim meninggalkan polis kerana satu peristiwa hitam yang menimpa keluarganya.. Namun Zaim terus meminta bantuan dari Baim untuk penyiasatan kes-kes yang aneh dan melibatkan makhluk halus.. Awalnya Baim terpaksa menolong kerana persahabatannya dengan Zaim namun makin lama Baim mula menerima kelebihan dirinya sebagai satu perkara baik dan seronok membantu Zaim.. Dalam masa yang sama akhirnya Baim berjumpa juga dengan dalang yang menghancurkan keluarganya..

Tahniah buat penulis untuk sebuah kisah seram penyiasatan yang ohsem.. Kalau ada sambungan lagi mengancam.. hehehe..

Sha baca pada 01.01.2020 dan selesai pada 02.01.2020..

Koleksi Peribadi Sha..
Published December 2019 by Buku Prima

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..