Tuesday, January 28, 2020

Novel | Kembara Mistik: Homestay oleh Maria Kajiwa, Eb Reeza, Rhea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang eksklusif di Popular ini mengandungi 3 cerita dari 3 penulis dengan tema Homestay.. Hanya di jual di Kedai Buku Popular.. Menariknya buku ini ialah ketiga-tiga penulisnya perempuan dengan gaya penceritaan yang berbeza dan memikat.. Ada maksud tersirat dalam setiap cerita..

Honeymoon oleh Eb Reeza
Semuanya kerana tersalah masuk homestay dan tidak mendengar arahan yang diberikan supaya tidak berada di luar bilik selepas jam 10 malam.. Malah ada kereta putih tutut mengejar Ryana kerana dosa silamnya setiap kali Ryana berada di luar kawasan Homestay.. Nyawa Ryana dan Ashroff akhirnya menjadi korban..

Homestay Putih Nian oleh Maria Kajiwa
Amran menolong Razak membangunkan homestay.. Namun rumah yang ingin dijadikan homestay mengalami gangguan.. Selepas usaha membersihkan berjaya dilakukan, tiada lagi gangguan yang berlaku.. Malangnya selepas Razak kemalangan homestay kembali diganggu.. Adakah usaha mereka masih belum berakhir.. Siapakah sebenarnya Mak Putih yang mengganggu..

Rahsia oleh Rhea
Kecurangan Hisyam akhirnya membawa petaka.. Ada rahsia yang tersembunyi di homestay Riezal.. Bila Kiara mengajak mereka untuk keluar dari homestay tersebut kerana gangguan, Hisyam tak percaya.. Rahsia apakah yang tersembunyi di homestay hingga hampir meragut nyawa mereka? 

Sha baca dan selesai pada 26.01.2020..


Published January 1st 2020 by Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

7 comments:

  1. Akak kurang sikit baca cerita-cerita mistik ni, kadang-kadang terbawa dalam mimpi.

    ReplyDelete
  2. macam2 cerita mistik di homestay..kreatif penulis2nya..

    ReplyDelete
  3. sekarang memang trend rasanya 1 novel ada 3 cerita dalamnya... dana pernah baca nasib-nasib jugak dapat penulis yang best ok lah, kadang dalam 3 cerita tu ada 1 yang kureng best

    ReplyDelete
  4. cerita2 seram memang idook kak.. kang tringat2 hehe..

    ReplyDelete
  5. Tak perasan pula buku ni ada di Popular. Baru keluar ke, Kak Sha?

    ReplyDelete
  6. kalau ada menginap mana2 homestay jgn bc buku ni hehehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..