Wednesday, January 29, 2020

Novel | Kembara Mistik: Perigi oleh Khairul Ahmad, Eb Reeza, Syasya de Luna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kembara Mistik mengisahkan tentang perigi.. 3 cerita dari 3 penulis berbeza.. Memberi pengajaran dan juga pengalaman berbeza.. Hanya dengan membaca SHa berjaya sampai ke Mesir, zaman puetri-puteri dan juga kehidupan zaman lampau..Itu menariknya bila membaca..

Samitha oleh Khairul Ahmad
Rasa lain bila membaca kisah dari Mesir ini.. Begitu pandai penulis mengolahnya.. Kerana mengamalkan ajaran salah dan berniat jahat ingin merampas takhta, akhirnya Samitha dikurung.. Namun tanpa sengaja telah dibebaskan.. Bila yang tak sepatutnya diterokai, maka kejahatan mula menonjolkan diri..

Panggilan Puteri oleh Eb Reeza
Kerana cinta yang tak berjaya dikecapi, ilmu hitam menjadi sahabat.. Sentiasa mencari mangsa yang boleh dipegang jiwanya.. Hinggakan keluarga sendiri dibunuh tanpa rasa bersalah..

Sumur Pengantin oleh Syasya De Luna
Kisah yang mengejutkan.. Tak sangka pelakunya adalah darah daging sendiri.. Hanya kerana tamakkan harta, sanggup bersekongkol dengan syaitan dan mengorbankan anak sendiri.. Mujurlah bantuan berjaya ditemukan sebelum diri menjadi korban.. 

Sha baca dan selesai pada 26.01.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2019 by Fajar Pakeer

5 comments:

  1. menarik jalan cerita dia tapi buku pasal mistik ni rasa berat sikit nak baca..seram~ |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  2. kalau ada sumur di ladang boleh sy menumpang mandi eh ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.. tersambung pula..

      Delete
  3. Kembara mistik ni Ada brpe buku kesemuanya sis

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..