Thursday, January 30, 2020

Novel | Tombiruo: Penunggu Rimba (Edisi Terhad) oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang Sha baca ini versi adaptasi filem dan terhad di pasaran.. Buku yang mengasyikkan.. Karya penulis ini tak pernah tak seronok.. Memang diluar jangkaan penjahatnya..

Kisah Ejim yang mukanya tak seperti manusia biasa dan dibesarkan di dalam hutan selepas dihanyutkan.. Amiruddin pula merupakan anak yatim yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim.. Berkahwin dengan Salina dan mempunyai seorang anak.. Pertemuan keduanya telah tertulis dalam takdir kerana ada ikatan yang kuat antara mereka.. Wan Suraya yang menyiasat kebenaran pembunuhan bersiri telah digantung tugas kerana melaporkan berita yang benar dan dihantar ke Sabah untuk membuat liputan sukan malangnya terjebak dengan kes pembunuhan dan masalah keluarga Amiruddin.. Kerana Wan Suraya, pembunuh bersiri berjaya ditangkap, dalang yang memporak-perandakan keluarga Amiruddin berjaya dijumpai dan hubungan Ejim serta Amiruddin dapat dileraikan.. Memang ohsem dan terbaik..

Sha baca pada 24.01.2020 dan selesai pada 28.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published October 15th 2017 by Buku Prima

6 comments:

  1. tak sangka novel tombiruo ni di filemkan, dulu bila baca novel dia mesti dok berangan sapa yang akan jadi watak itu watak ini... tapi bila dah di filemkan memang best...

    ReplyDelete
  2. sy tagged segmen ya kak
    https://www.siinurul.com/2020/01/segmen-beeha-mencari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Novel RAM ni memang lah buat addicted sangat bila mula baca. Pasti akan ulang2 lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..