Sunday, January 19, 2020

Permohonan e-Tunai Berjaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai e-Tunai RM30 di Touch n Go e-Wallet kan.. Kali ini Sha nak kongsikan selepas permohonan berjaya pula.. hehehe.. Sha punya permohonan e-Tunai diluluskan pada 16.01.2020 iaitu sehari selepas Sha buat permohonan.. Lepas dapat e-Tunai tu ada rewards lain yang ditawarkan iaitu cashback RM5x6 untuk dua jenis transaksi.. Boleh tengok gambar dibawah ini..

Yeah!! Permohonan dah berjaya.. Dapat dah RM30 dan juga ada 2 reward lain yang diberi.. 6xRM5 cashback dan peluang cabutan bertuah..

Cashback yang diberikan ialah untuk in-app dan retails payment.. 

Yang first ini dia akan bagi kalau kita buat pembayaran minimum RM20 menggunakan Touch n Go di kedai-kedai terpilih macam 99Speedmart, TF Value Mart dan lain-lain..

Yang ini pula kalau kita guna untuk bayar bil, parking, prepaid dan lain-lain macam dalam gambar diatas.. Dengan transaksi minimum RM20 juga..

Setiap transaksi yang dibuat melayakkan kita untuk mendapat penyertaan dalam cabutan bertuah dengan hadiah yang pelbagai..

12 comments:

  1. bestnya.. sy xinstall plak ewallet ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. bestnya dah dapat. Aien belom lepas-lepas lagi.. ^^

    ReplyDelete
  3. oo..dah berjaya, Alhamdulillah...byk pulak rewards nya..mmg bagus..

    ReplyDelete
  4. E wallst ni untung sb slalu bg csshback...hehe

    ReplyDelete
  5. Belum buat akaun lagi... mood belum mari

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Alhamdulillah tahniah. Saya punya belum lulus lagi 😅

    ReplyDelete
  7. kita pun da dapat da...tapi bila baca pasal cashback tu, minimum pembelian rm20 untuk sekali transaksi, sekurangya kena pakai rm120 dulu: bahagi 6 transaksi, baru dapat rm30 tu kan...haha..adeiii

    ReplyDelete
  8. ramai dh dpt lastweek...akak punya reject sbb katanya mykad slh so kena resubmit blk..tgk la minggu ni plak

    ReplyDelete
  9. hmmmm aida & asben lom apply.
    layak. tapi tu la, terlupa nak tebus weekend baru lepas ni hah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..