Saturday, February 22, 2020

Novel | Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha ambil masa untuk baca sebab sayang nak habiskan... hehehe.. Ada kisah yang tersembunyi dalam rumah Inggeris ini.. Ianya terbongkar bila keluarga Brock datang untuk melihat.. Rumah yang sangat menyeramkan dan ada pula yang cuba membangkitkan semangat yang dah dikunci demi melunaskan dendam..

Asalnya berpunca dari ketaksuban Brock terhadap amalan pawang sehingga meletakkan semangat dalam tiang seri rumahnya.. Namun nafsunya bukan setakat amalan khurafat malah anak dara orang kampung juga nak disebatnya.. Kerana satu peristiwa, ramai nyawa yang menjadi korban.. Kedatangan keluarga Brock membongkar semua sejarah yang tersimpan rapi..

Cerita yang sangat menarik dan bagus dijadikan teladan..

Sha baca pada 18.02.2020 dan selesai pada 20.02.2020..

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penulis..
Published January 1st 2020 by FAJAR PAKEER

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..