Sunday, March 29, 2020

Novel | Couple oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya berpeluang juga baca buku Couple oleh Anna Lee ini.. Dalam ini ada 2 cerita dan kedua-duanya bersambung dari 2 buah novel penuh tulisan Anna Lee.

Step Back (sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)
Kisah dalam ini adalah kehidupan selepas kahwin Ray dan Saleha.. Bukan mudah melalui kehidupan bila ada sesetengah perkara masih lagi tidak dalam ingatan Saleha.. Mencari memori yang hilang menemukan Saleha dengan beberapa perkara yang mengejutkan.. Akan kacau bilaukah rumah tangga mereka atau makin kukuh.. Semuanya terletak pada penerimaan Saleha..

The Ring (Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)
Dalam sambungan ini, Dean dan Laura menemukan sebuah peta yang membawa kepada harta yang tak dijangka.. Tak sangka rupanya harta yang tak diketahui itu menjadi rebutan satu lagi pihak.. Namun bila harta yang dicari, dijumpai ianya bukanlah seperti yang diharapkan.. Siapa sangka penemuan yang mengejutkan itu membongkar rahsia yang lebih besar..

Sha baca dan selesai pada 28.03.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2015 by Prolog Media

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..