Thursday, May 7, 2020

Filem India | Kshanam (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem tamil ini Sha tengok lepas ada rakan Facebook review.. Ada beberapa versi lain.. Yang Sha tengok ini versi asal iaitu Telegu.. Dibuat juga dalam versi Tamil (Sathya), Hindi (Baaghi 2) dan Kannada (Aadyaa).. Ramai yang review versi Telegu ini lebih realistik..

Kisah Rishi yang balik ke India lepas dapat panggilan dari bekas kekasihnya.. Ingatkan nak berbaik ke apa, rupanya Swetha nak minta tolong carikan anaknya Riya yang diculik.. Swetha terpaksa minta tolong Rishi sebab semua orang tak nak tolong dia.. Siap cakap Swetha ini mental.. Kita yang tengok pun tak percaya Riya tu wujud.. Yellah yang ada hanya sekeping gambar pasport.. Suami Swetha pun cakap yang Swetha ini ada masalah mental.. Sampailah Rishi jumpa 1 bukti yang menunjukkan Riya tu ada tapi masa tu Swetha dah bunuh diri sebab sangat tertekan..

Memang plot twist dalam filem ini tak dijangkalah.. Penjahat dia depan mata je.. Ending dia pun ada twist.. Ada sebab kenapa Swetha tu minta tolong Rishi carikan Riya..

Sumber gambar Wikipedia.
Sinopsis FIlem: Rishi, a San Francisco-based investment banker, comes to India to help Shweta, his ex-girlfriend find her kidnapped child.

1 comment:

  1. Best kak hero ni.
    Kak dah tngok Evaru? Dia jugak berlakon, plot twist jugak. Best.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..