Thursday, July 9, 2020

ebook | Puteri Bunian Bulan oleh Aliff Mustafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ebook ini bersama ebook Dirgahayu.. Cerita ini Sha tak ikut di page Mahakarya, Sha terus beli je ebook ini.. Sebaliknya Sha baca spin-off nya di Mahakarya.. Spin-Off yang bertajuk Puteri Bunian Bulan: Elfa..

Kisah Laila Dahlia yang mewarisi gelaran Puteri Bunian Bulan dan pewaris takhta Purnama Sari.. Kehidupan remajanya berubah saat umurnya genap 17 tahun.. Rakan dan orang yang berada disekeliling Laila menyimpan rahsia yang akhirnya berjaya dirungkai oleh Dahlia seiring penerimaannya sebagai pewaris.. Bukan sahaja menjadi pewaris Purnama Sari tapi Laila juga bakal menjadi pemerintah untuk Pulau Sri Kemboja.. Namun bukanlah semudah itu, kerana pewaris dari Bara Pawaka ingin menjadi pemerintah bagi Pulau Sri Kemboja.. Perebutan yang mengakibatkan pertarungan satu lawan satu.. Namun disebalik apa yang berlaku, ada kejahatan yang memerhati..

Sepertinya ebook ini akan ada sambungan..

Sha baca dan selesai pada 08.07.2020..

Koleksi peribadi Sha.. ebook ini dibeli melalui laman sesawang Patriots.. Boleh beli di SINI.. 
Published 2020 by Patriots Publishing Sdn Bhd

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..