Friday, August 14, 2020

Novel | Kembara Mistik: Perpustakaan oleh Eb Reeza, Juls, Zaff Izuaf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara koleksi Kembara Mistik yang menarik.. Harga buku ini tak terlalu mahal dan ada 3 cerita dari 3 penulis yang berbeza.. Buku ini hanya boleh dibeli di kedai buku dan laman sesawang Popular sahaja.. 

Buku Tanpa Kulit oleh Eb Reeza
Kisah yang menarik.. Perpustakaan sekolah yang tak ada pelajar berani nak pergi kecuali Leeya.. Semuanya kerana perpustakaan itu berhantu namun pada Leeya dia nak buat rujukan je.. Perkara lain dia tak campur.. Bertemu dengan Cik Shivangi membuatkan Leeya seronok ke Perpustakaan sehinggalah Leeya diberikan sebuah buku tanpa kulit.. Huru hara sekejap hidup Leeya.. Apakah rahsia buku tanpa kulit tersebut??

Puaka Library oleh Juls
Menyendiri dan terlalu pemalu membuatkan Mai mudah didekati Nina.. Nina yang mencari teman untuk menemaninya di library.. 

Kelam oleh Zaff Izuaf
Perpustakaan yang kelam menyimpan pelbagai rahsia.. Sungguh tak disangka disebalik kekelamannya ada satu kisah sedih yang berlaku.. Zafran dan Badrul terpilih untuk membongkarnya.. Siapa sebenarnya Anna yang pertama kali muncul di hari pertama Zafran berkerja?

Sha baca pada 12.08.2020 dan selesai pada 14.08.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2020 by SYKT Fajar

5 comments:

  1. ika tak baca lagi kak sha. ada buku prigi je hehe :)

    ReplyDelete
  2. mak oi seramnya cover buku hahaha

    ReplyDelete
  3. Misteri betul buku tanpa kulit tu. Apakah rahsianya?

    ReplyDelete
  4. Hai...kejap lagi sha yg takut nak gi keje...hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..