Saturday, November 28, 2020

Drama Melayu | Sang Pewaris (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dah mula dah drama sang Pewaris yang diadaptasi dari novel Sang Pewaris oleh Fizziany.. Novelnya sha tak baca lagi tapi dramanya memang Sha teringin nak tengok.. Sha tak tengok dekat tv tapi tengok dekat aplikasi WeTV.. hehehe.. Drama ini dah mula tayang pada 26.11.2020..

Episod pertama je dah menarik.. Pelakon yang dipilih untuk drama ini memang menarik dan lakonan pun sempoi je.. Kena tengoklah episod seterusnya ni.. Suka pula tengok lakonan Ben Amir yang membawakan 2 watak bergandingan pula dengan Amyra Rosli..

JUDUL : Sang Pewaris
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENULIS NOVEL : Laydee Amarfi
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Amyra Rosli, Ben Amir, Zaryn Min, Fizz Fairuz, Ieda Moin, Wan Sharmila, Acong Sweetchild, Zamarul Hisham, Fad Anuar
SINOPSIS : Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.
Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar.
Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya. (Sumber-wikipedia)

6 comments:

  1. Ada ternampak tentang drama ni. Sinopsisnya nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. Menarik! shida baru tgk je episod 1 :)

    ReplyDelete
  3. baru tengok ep 1 aritu. nampak menarik juga :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgok gandingan ben amir dgn amyra rosli . watak ben yang ali tu kelakar

    ReplyDelete
  5. klu kak sha ckp eps pertama ja dah menarik then atie kena tgk juga ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..