Saturday, December 26, 2020

Webtoon Comics | Weak Hero by Seopass, Razen

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya Sha baca sebab ingatkan komik ini dah habis.. Rupanya masih bersambung.. Alahai.. Letih pula nak menunggu penulis bubuh episod baru dekat Webtoon.. Komik ini mengisahkan Gray Yeon yang menjadi mangsa buli dan kehilangan kawan baiknya akibat dibuli.. Gray pindah sekolah dan mula bangkit dari terus jadi mangsa buli.. Di sekolah baru ini Gray mula dikenali sebagai White Mamba dan berkawan dengan Eugene Gale, Ben Park, Alex Go, Gerard Jin dan Rowan Im.. Gelaran White mamba tu diperolehi sebab Gray tak lagi tunduk dengan pembuli.. Gray akan gunakan apa sahaja objek yang ada disekeliling dia untuk menyerang serta mengalahkan musuh.. Kira macam dia guna logik pemikiranlah untuk berlawan.. Malah Gray juga habiskan masa dia dengan membaca pelbagai buku berkaitan yang mampu membantu dirinya untuk mempertahankan diri dan menyerang lawan.. Dalam masa yang sama komik ini juga menceritakan mengenai persatuan yang memegang semua sekolah menengah dan taiko-taiko yang ada di sekolah..

Published 2019 by Webtoon
Once the bullies target you, it’s game over. The school is run by tyrants whose favorite hobby is tormenting the weakest kids in class. But then Gray arrived. This mysterious new student threatens to dismantle the established order. He may be small in stature, but his calculative and brutal fighting leaves unsuspecting opponents lying on the floor begging for mercy. Now the school's toughest bullies have to scramble to take down this new and unusual hero.

4 comments:

  1. Ada sambungan tu yang tak best tu kan kak Sha. Selamat sambung baca seterusnya nanti :)

    ReplyDelete
  2. waaa!!! bestnya .. rajin dia baca buku utk pertahan kan diri dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..