Saturday, January 2, 2021

Telefilem Melayu | Bercinta Dengan Jin (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok telefilem ini sebenarnya.. Kisah seorang perempuan yang terbuka hijabnya.. Dah bertunang tapi dia rasakan seolah-olah tunangnya selalu perlekehkan kelebihan yang dia ada.. Tak lama kemudian perempuan ini diarahkan ke sebuah kampung yang juga kebetulan merupakan kampung arwah neneknya.. Disini perempuan ini berkenalan dengan seorang cikgu bernama Haikal dan mereka menjadi rapat.. Bila perempuan ini mula rapat dengan cikgu ini, dia mula melupakan tunangnya.. Namun tanpa disedari perempuan ini, Cikgu Haikal bukanlah seperti yang disangkakan.. Berjayakah tunang perempuan ini menyelamatkan tunangnya.. Kenalah tonton..

JUDUL : BERCINTA DENGAN JIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Disember 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
IDEA ASAL : Dian Mayasari Suri, Irwan Rauf
PENULIS SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Irwan Abdul Rauf
PRODUKSI : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio
PELAKON : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Syahiran, Charlie Numan Salleh

SINOPSIS BERCINTA DENGAN JIN
Kisah Maya dan Cikgu Haikal.
"Orang yang paling aku sayang pun tidak percayakan aku" - Maya
"Haikal mahu tunang Maya rasa seperti apa yang Haikal rasa" - Haikal

7 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..