Saturday, July 10, 2021

ebook | Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja oleh Hafiz Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tiba-tiba rasa teruja pula membaca.. Terjumpa beberapa bahan bacaan yang agak menarik dan dah lama teringin nak baca.. Sementara mood membaca tengah menaik ini, kita pulun bacalah kan..

Komik-M memang antara komik yang menjadi kesukaan Sha untuk dibaca sebab jalan ceritanya yang menarik dan pelbagai.. Macam yang Sha baca ini.. Menggunakan latar nusantara dan mengambil inspirasi dari Sun Wukong iaitu watak dari drama Journey To The West yang memang kegemaran Sha.. Namun olahan yang cantik membuatkan watak Kara tu je dibayangi Sun Wukong manakala jalan ceritanya tak sama langsung.. Permulaan ini penulis memperkenalkan beberapa watak penting dan karekter mereka seperti Kara dan Omar yang merupakan teraju utama, Raja dan juga beberapa makhluk jadian lain serta asal usul makhluk jadian itu sendiri.. Memang berbaloi dibaca cuma kena sabar menunggu sambungannya je..

Sha baca dan selesai pada 08.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikadi PNM e-Reader..
Published November 2020 by PTS Publishing House

4 comments:

  1. Ni yang seronok datang sini ni. Macam-macam bahan bacaan baru yang akak dapat tahu. :)

    ReplyDelete
  2. suami MY suka baca komik... MY tak minat pula...

    ReplyDelete
  3. Dulu suka betul tengok cerita Sun Wukong and the geng. Best ceritanya. Cover dia menarik cantik lukisannya

    ReplyDelete
  4. ohhhh ingatkan dia ikut sebijik macam cerita asal. Cantik lah cover dia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..