Tuesday, November 30, 2021

Filem Melayu | Siapa Tutup Lampu? (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik dan tak disangka.. Walaupun dah nampak hint dia di beberapa tempat namun masih menariklah bila di hujung cerita ada twist.. Memang tak sangka, antara mereka ada rahsia besar yang tersimpan.. Kisah 5 sahabat yang datang dari pelbagai latar.. Berlaku kemalangan dan rakan mereka mati.. 4 lagi perlu buat pengecaman dan masa ini mereka mula berlaku jujur dan membongkar rahsia yang tersimpan.. Sedihnya bila ada pengkhianatan.. Memang sedihlah..

JUDUL : SIAPA TUTUP LAMPU?
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2021
RANGKAIAN : Astro First 480
PENULIS SKRIP : Azhar Jalil
PENGARAH : Aliff Ihsan Rahman
PRODUKSI : Horizon Film Entertainment, Articulate Fusions Productions
PELAKON : Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar Jalil, Afieq Shazwan, Melissa Campbell, Mark O’dea, Geoff Andre Feyaerts, Yusof haslam, Fatimah Abu Bakar, Lisdawati, Taufiq Hanafi, Nurin Afiqah, Qasrina Karim

SINOPSIS SIAPA TUTUP LAMPU
Kisah lima sekawan yang penuh dengan rahsia dan pengkhianatan.

Lima sekawan iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. 

Amir maut dalam kemalangan itu dan kumpulan lain mendapati diri mereka dihantui apabila mereka pergi untuk mengenal pasti mayat di bilik mayat.

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..