Sunday, December 19, 2021

ebook | Highschool of the Dead Color Omnibus, Vol. 1 (Highschool of the Dead #1-4) by Daisuke Sato, Shouji Sato (Visual Art)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin seronok pula baca komik macam ini.. Tapi yang ini tak sesuai dibaca kanak-kanak sebab ada paparan yang tak manis.. Hahaha.. Kira komik orang dewasalah.. Seksa sikit..

Sebuah sekolah telah bertukar menjadi sarang zombie dengan sekelip mata sahaja.. Semuanya bermula dengan kemunculan seorang lelaki misteri di pagar sekolah.. Keadaan yang tenang bertukar huru hara dalam sekelip mata.. Hero yang kebetulan melihat kejadia di pagar dari atas bumbung, bergegas memaklumkan rakan-rakan rapat tapi tetap terlambat dan mereka lari menyelamatkan diri di bumbung sekolah.. Namun keadaan buruk tersebut bukan sahaja berlaku disekolah sebaliknya seluruh bandar dan dunia.. Punca tidak diketahui tapi kelansungan hidup itu perlu.. Bila mereka cuba meninggalkan sekolah ada lagi yang terselamat dan ada antara yang terselamat itu membawa fahaman baru.. Orang dah lah nak kena berlawan dengan zombie, boleh pula dia tunjuk lagak dengan fahaman pelik.. Tu belum lagi manusia yang tak percaya dengan zombie dan mengatakan kerajaan menipu.. 

Komik ini memang menariklah.. Owh ya, ini merupakan himpunan vol 1 hingga vol 4 untuk komik ini..

Sha baca pada 18.12.2021 dan selesai pada 19.12.2021..

Published November 22nd 2011 by Yen Press

1 comment:

  1. hahaha tengok cover pun dah tahu audience dia siapa. fahaman pelik ni bahaya betul sampai ada yang sanggup bunuh diri

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..