Monday, December 27, 2021

ebook | Noblesse Season 7, box set 6 vol.s (Noblesse, #20-25) by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Season 7 agak berat dan sedikit sedih pada Sha.. Tambahan pula ada babak perlawanan dan kehilangan nyawa yang tak dapat dielakkan bila pasukan Elder yang berpaling tadah bersama kawana serigala jadian menyerang Lukedonia..

Kali ini penerangan mengenai Lord Muzaka yang tiba-tiba muncul kembali selepas menghilang.. Malah punca Raizel dan Lord Muzaka bergaduh turut diterangkan.. Dalam masa yang sama pada masa kini Maduk cuba untuk mencari lord Muzaka untuk dibunuh namun tidak berjaya, sebaliknya dua orang suruhannya mati manakala lagi dua dilepaskan sebab keturunan asal serigala jadian.. Pengkhianatan demi pengkhianatan.. Menydihkan namun tetap berjaya penulis menyelitkan elemn lucu tanpa sengaja..

Sha baca dan selesai pada 26.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books, boleh juga dibaca di aplikasi Webtoon..
Published by Vibridge

1 comment:

  1. kesiannya dia terpaksa lepaskan sebab ada keturunan serigala jadian

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..