Wednesday, December 29, 2021

ebook | Noblesse Season 8 by Son Jae Ho, Lee Gwang Su (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Season akhir untuk semua permasalahan yang timbul antara serigala jadian, noble, Union dan juga manusia.. Untuk season akhir ini bermula dengan pembongkaran kejahatan Maduke yang menggunakan kaum mereka sendiri sebagai bahan uji kaji.. Kentas dan Lunark terjumpa dengan Garda yang disimpan sebagai bahan ujikaji, bila mereka mempersoalkan keadaan itu kentas telah dituduh sebagai pembelot dan dihukum.. Lunark telah meminta pertolongan Muzaka.. Dalam masa yang sama, M-21 telah menjadi tawan serigala jadian dan dijadikan bahan ujikaji oleh Ignes yang berkerjasama dengan Maduke.. Raizel, Frankenstein dan Muzaka yang berjaya dipujuk Lunark telah bergegas ke penempatan serigala jadian untuk misi menyelamat.. 

Belum sempat mereka bernafas selepas perlawanan dengan Maduke, Elder pertama pula melakukan penyerangan dengan niat menghapuskan semua serigala jadian.. Namun berjaya dihalang Frankenstein.. Ingatkan selesai dahlah permaslaah, eh muncul pula Dr. Crombel yang selama ini bersembunyi menyepikan diri dengan ancaman yang lagi dasyat hingga memaksa Raizel mengeluarkan semua tenaga yang ada untuk menghalang.. Dr. Crombel ini lagi gila.. Dia nak hapuskan semua manusia dan wujudkan manusia dia sendiri.. Kononnya nak jadi tuhanlah.. Aduh.. Lagi gila..

Walaupun season 8 ini lagi intense namun penulis masih lagi berjaya menyelitkan beberapa babak lawan dengan santai dan smooth je.. Memang terbaiklah!!

Sha baca pada 26.12.2021 dan selesai pada 28.12.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books, boleh juga dibaca di Webtoon..
Published 2019 by Webtoon

1 comment:

  1. Banyak konflik pulak dalam cerita ni. Bila manusia taksub nak jadi tuhan memang gilalah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..