Tuesday, March 8, 2022

Filem Melayu | Hantu Kuat Ketawa (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya kerana nak cepat kaya.. Tak peduli dah halal haram.. Orang lain teraniaya pun dah tak ambil tahu.. Namun sampai bila penipuan akan berlaku.. Bila dah terbongkar, masing-masing lari ke dalam hutan.. Bermulalah kejadian mistik dan menggerunkan.. Setiap kali salah seorang masuk je kedalam rumah tu, pasti mereka akan ketawa dengan teruk.. 

Rupanya ada yang cuba membalas balik perbuatan mereka walaupun dengan cara yang salah.. Kunci dia bersyukur.. Berusaha dan bersyukur bukannya tamak sampai lupa diri..

Hantu Kuat Ketawa
Genre: Komedi Seram
Tarikh Tayangan: 27 Januari 2022
Rangkaian: Astro First 
Cerita Asal & Skrip: Mawi World
Pengarah: Mawi World
Produksi: MW Entertainment Sdn Bhd & Al Najwa Production
Pelakon: Saiful Apek, Along Cham, Syanie, Zarina Anjoulie, Anas Tahir, Mawi, Anas Tahir, Johan As'ari, Imam Muda Asyraf, Ustaz Zulkifli Hamai, Azhar, Kefli, Deen Maidin

Sinopsis Hantu Kuat Ketawa
Mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai 'engkau scam' amat dikehendaki pihak berkuasa. Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan.

Dalam tempoh persembunyian, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa. Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab.

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..