Saturday, October 29, 2022

ebook | Sempadan 2 Dunia oleh Nurharyati Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini berjaya buat Sha rasa menyampah dengan watak heroinnya.. Fiona sangat marah bila tahu ditunangkan dengan Baim.. Keputusan yang dibuat ayahnya buatkan Fiona rasa tak adil.. Namun kerana ugutan ayah dia, Fiona balik.. Berkenalan pula dengan Syeikh yang handsome dna baik tanpa Fiona sedari itulah Baim tunangnya.. Bila rakan baik Syeikh iaitu Hakim muncul, Fiona ingatkan itu Baim.. Mengamuk dna marah-marah sekali lagi.. Bapa Fiona tetaplah tak bagi tahu perkara sebenar.. Makan malam yang sepatutnya membuka rahsia menjadi tragedi bila ayah dan mak Fiona kemalangan bersama Syeikh dan atuknya.. Fiona pula dah lari kerumah kawan dia.. 

Bila tragedi menimpa, Syeikh membawa diri ke negara asal atuknya.. Nak salahkan Syeikh seratus peratus pun tak boleh juga sebab malang bertimpa-timpa.. Fiona merajuk sebab syeikh tak layan dia yang minta maaf bila dah tahu Syeikh dan Baim orang yang sama.. Hati dah ada Syeikh tapi bila terjumpa lelaki bunian, eh boleh pula dia jatuh cinta dengan si Megat tu...

Pening gila tengok perangai Fiona ini.. Sha baca jugalah bagi habis sebab dah baca tapi tu lah.. Memang stress dibuatnya.. Hahaha..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2022..

Published January 1, 2018 by Kaseh Aries Publication
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

2 comments:

  1. nasib saya tak baca, kalau tak memang berbakul menyumpah si fiona ni

    ReplyDelete
  2. kalau gini sy bc 10 m/s je sha😂

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..