Saturday, March 25, 2023

ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mula baca semasa lepas subuh.. Memang lancar je pembacaan.. Berhenti sebab sidai baju dan smabung semula..

Sha suka garapan penulis mengenai Hisyam yang bercita-cita menjadi penulis.. Bayangkan tersedar disebuah rumah dengan beberapa buah buku yang telah terbit dan punya ramai peminat.. Malah ada buku yang dijadikan filem.. Namun ada perkara tak baik disebalik benjolan di kepala Hisyam.. Serangan yang berlaku tiba-tiba menyerupai babak dalam novel Hisyam.. Bermulalah mimpi ngeri Hisyam dalam usaha menyelamatkan diri dan mencari dalang sebenar.. Penulis tidak menyembunyikan dalangnya.. Suku novel, kita dah tahu siapa dalangnya.. Namun Liyana tak juga kejutan tapi menyentuh perasaan.. Walaupun dah boleh agak tapi pembaca seperti Sha cuba menafikannya.. hehehe..

Tahniah buat penulis untuk sebuah novel yang memberikan emosi pelbagai.. Memang permulaan yang baik.. semoga tajuk-tajuk yang dikongsikan dijadikan novel sebenar.. 

Sha baca dan selesai pada 25.03.2023..

Published by May 1, 2022 by Buku Fixi
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..