Wednesday, June 21, 2023

Variety Malaysia | Travelawak: Projek Bapak Bapak (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod pertama nampak macam diorang tak berapa serasi tapi bila masuk episod 2 Sha respeklah dengan Roy Azman.. Bagus betul bila dia tukar tempat dengan Jalaluddin Hassan untuk cabaran pertama mereka..

Adoila.. memang gelak dan senyum je dari episod 1 sampai akhir.. Comel je masing-masing dalam program ini.. Tak sangka Roy Azman ini nakal.. kikiki.. Sakan dia mengusik Jalaluddin.. Aduhlah.. Penyeri betul Roy Azman ini.. Seronoklah tengok geng bapak bapak ini berjalan ke negara orang dan melaksanakan cabaran yang disediakan pihak produksi..

TRAVELAWAK : PROJEK BAPAK BAPAK
Mula siaran : 23 Mac 2023
Waktu siaran : Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV/Platform penstriman : Astro Warna (CH107), Sooka atau Youtube Channel Astro Gempak
Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali

Travelawak Projek Bapak Bapak sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna dimana geng bapak bapak bercuti tanpa isteri dan melakukan beberapa cabaran seperti bungee jump, waze swinger, masuk rumah hantu dan macam-macam lagi cabarannya.

2 comments:

  1. tak tengok pulak.. lama tak buka astro warna

    ReplyDelete
  2. ooo jatt ali pun ada rupanya...sy igt dato jalal, roy dgn dato ramli je yg ada...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..