Wednesday, August 23, 2023

ebook | You Can Call Me Monster! oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi tunggu giliran untuk pinjam novel ini.. Memang kisah yang kelakar dan seram.. Kisahnya Atikah seorang perempuan yang tidak ada keluarga dan dipanggil monster hanya kerana dia diberikan sedikit kelebihan boleh melihat makhluk ghaib.. Bertemu dengan Hasnul secara tak sengaja bila terlihatkan kelibat yang membisikkan kata-kata memujuk Hasnul membunuh diri.. Atikah menolong dan akhirnya terkahwin dengan Hasnul..

Geram juga dengan mak si Hasnul ini.. Dia yang merayu beriya Atikah untuk kahwin dengan Hasnul, alih-alih bila Hasnul dah makin okay nak disuruhnya Hasnul ceraikan Atikah.. Sampai berlaku tragedi barulah nak insaf..

Cukuplah rencah dalam ini.. Paling best bila hubungan antara Atikah dan Hasnul tu bukan manja-manja.. Memang brutal habislah..

Sha baca dan selesai pada 21.08.2023..

Published January 1, 2019 by KarnaDya Publishing
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..