Tuesday, August 8, 2023

Thailand | Bad Guys (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Thai ini adaptasi drama Korea bertajuk Bad Guys @ Bad Boys (2014).. Versi Korea best dan versi Thai ini pun mengancam.. Masa Shatengok versi Thai ini, Sha dah tak berapa ingat sangat versi Korea tu, jadi memang tak ada bias lah.. kikiki..

Cerita ini bermula dengan kematian seorang polis yang dibunuh dengan banyak tikaman.. Jadinya Namchai panggil Phithak yang digantung kerja untuk kembali bertugas sebab Namchai tahu Phithak je yang boleh selesaikan penjenayah yang makin ganas ini.. Phithak gunakan cara yang paling ekstrem iaitu rekrut 3 penjenayah paling berbahaya dari penjara untuk menangkap penjenayah yang ada di luar.. Memang kerja gila.. Walaupun Alice tak setuju dengan cara Phithak tapi dia kekal dengan kumpulan ini sebagai pemantau dan juga menyelia mereka supaya tak tersasar.. Penjenayah yang digunakan Phithak ialah Race seorang pembunuh upahan yang ganas, Yak seorang gengster yang kuat dan Sky seorang psikopat bijak yang tak ingat dnegan jenayah yang dilakukannya.. Mereka ditawarkan pengurangan masa hukuman setiap kali mereka berjaya menyelesaikan kes.. 

Awal-awal tu nampak mereka kekok antara satu sama lain tapi lama-lama nampaklah keserasian dan bonding antara mereka.. Setiap satunya ada cerita yang tersendiri..

Dalam pada mereka berkerja, Race pernah diupah untuk membunuh Sky masa dalam penjara dan kemudiannya Yak pula diupah untuk membunuh Sky dalam tempoh 2 minggu.. Misteri mengenai Sky, dalam masa yang sama mereka perlu bertugas bersama.. Memang menariklah untuk tahu cerita sebenar mengenai Sky.. Adakah dia pembunuh atau ada yang menggunakan beliau sebagai kambing hitam sebenarnya.. 2 episod akhir tu akan bagi tahu kebenaran sebenar.. Menarik dan memang tak disangkalah.. Layan drama ini.. 

Drama: Bad Guys
Also Known As:
Screenwriter: Peerasak Saksiri, Nuttapot Potchumnean, Nattamol Paethanom
Director: Tom Piyapan Choopetch
Genres: Action, Thriller, Psychological, Crime
Country: Thailand
Episodes: 12
Aired: Sep 2, 2022 - Oct 8, 2022
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: True4U
Duration: 60 min.
A detective returns from suspension and pulls together an unorthodox special investigation team in order to capture a serial killer.

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..