Wednesday, September 6, 2023

ebook | She Becomes Glamorous After The Engagement Annulment Vol 2 by Mr.Yan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahagian 2 ini Nora yang juga punya identiti sebagai doktor bernama Anti akhirnya bertemu muka dengan bapa kepada anak-anaknya.. Malah anak lelaki yang hilang pun berjaya ditemui dan semuanya kerana satu panggilan.. Awalnya anak-anak beliau sudah saling mengenali kerana mereka kembar seiras walaupun berlainan jantina jadi mereka selalu bertukar tempat.. Ayah Nora yang jahat telah membongkar rahsia bahawa anak lelaki Nora telah mati ditanam namun kebetulan anak lelaki tersebut ada dengan Nora, Pete mengaku yang dirinya tak mati.. Masa ini barulah terbongkar anaknya selamat dan siapa bapa kepada anak-anak dia..

Novel ini seronok dibaca sebab keletah Pete yang serius, Cherry yang nakal dan sentiasa ceria.. Mereka ini anak kembar Nora.. Selalu bertukar tempat dan tanpa mereka sedar, Justin yang juga bapa mereka sudah pun tahu kebenarannya namun sengaja bertindak seperti tak tahu..

Sha baca pada 03/09/2023 dan selesai pada 04/09/2023..


1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..