Sunday, October 22, 2023

ebook | Jejak Petualang oleh Vermouth

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha baca memang Sha tak sangka novel yang berasal dari Thailand ini akan sebegitu rumit.. Permulaan dan penamatnya memang tak dijangka.. Awalnya buku ini dimulakan tentang kisah Ryan yang menjadi yatim piatu selepas keluarganya dan semua orang kampung dibunuh.. Ryan terselamat sebab disembunyikan ayahnya.. Ryan berusaha mencari tahu tentang pembunuh bapa dia sehinggalah Ryan terjumpa kisah dongeng mengenai pasukan Erased yang memadamkan sejarah dan semua pertalian mengenai orang yang ingin dibunuh.. Ryan dipelawa masuk ke dalam kumpulan Erased dan diminta untuk membunuh Landis.. Walaupun Landis pernah cuba berbaik dengan Ryan namun Ryan seolah-olah terkepung dalam perasaan dendam yang membara..

Sha baca dan selesai pada 21/10/2023..

Published January 1, 2014 by Pelangi Novel Sdn Bhd

2 comments:

  1. seronok juga baca sinopsis novel Jejak Petualang ni. Ada idea yang menarik walaupun template dia basic revenge je.

    ReplyDelete
  2. kumpulan erased ni mcm mafia ke? seramnyaaaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..