Tuesday, January 23, 2024

ebook | I Will Judge You by Your Bookshelf by Grant Snider

Assalamualaikum
Hye semua..

Buku ini kan jadi lebih syok dibaca selepas Sha baca Book Love by Debbie Tung.. kikiki.. Walaupun sebenarnya Sha mula dengan buku ini suku jalan tapi lepas tu Sha pergi baca Book Love by Debbie Tung dulu.. kikiki..

Ada satu bahagian tu penulis bubuh pasal buku yang tak berjaya dihabiskan dengan tajuk "Ode To An Unfinished Book".. Memang betul-betul macam Sha.. Sha akan cuba cari alasan untuk berhenti dan mulakan buku baru kalau buku yang Sha baca tu tak kena dengan Sha tapi dalam masa yang sama keinginan nak tahu kesudahan buku tu kuat.. kikiki..

Selain pasal pembaca, buku ini juga sampaikan keadaan tentang mereka yang jadi penulis.. Tentang keputusan idea, semangan nak menulis, terlalu banyak idea dan lain-lain..

Sha baca dan selesai pada 20.01.2024

Published April 14, 2020 by Abrams ComicArts

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..