Sunday, February 25, 2024

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita semalam..

Asalanya nak pergi kenduri bekas pelajar semasa Sha pernah berkerja dalam bidang pendidikan saja tapi bila dah terjumpa bekas rakan sekerja, mereka mengajak pula ke kenduri rakan sekerja yang lain di Besaout.. Rakan sekerja tu memang pelawa semua yang mengenali beliau.. Jadinya ke dua kendurilah kami.. Memang kenyang.. Kenduri pertama makan nasi minyak lauk ayam masak merah, sambal dendeng, ulam dan kuah dalca.. Keduri kedua Sha hanya makan laksa, cendol dan kuih walaupun menu utama dia nasi ayam penyet dan nasi ayam.. Kenyang lagi dengan makanan di kenduri pertama tadi.. Paling seronok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sekerja lama sebenarnya.. Sempatlah merasa bawa Pesona kawan dan bergosip.. hahaha..

Menu di kenduri pertama..

Ini isi buah tangan dari 2 tempat kenduri.. Air kotak, air mineral, biskut, tepung goreng ayam, kopiko 3in1, pengupas buah, sambal tempe dan bilis, jeli serta kek pandan.. Memang meriah..

3 comments:

  1. Wah lumayan juga kan goodies semua tu

    ReplyDelete
  2. Bila berjumpa kawan-kawan lama ni memang akan betsembang laa kan . Dah alang-alang jumpa

    ReplyDelete
  3. Itulah seronok pergi kenduri dapat makan macam-macam tapi itulah tidak semua dapat rasa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..