Saturday, February 10, 2024

Infinix Hot 30

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli jugalah teefom bimbit baru selepas telefon Redmi Note 5 ini tak boleh kesan kad sim.. Sha guna telefon ini dah lama dari Feb 2019.. Memang tahanlah.. Guna untuk hotspot dekat rumah je.. Bila rosak ini memang stresslah tambah dah mula cuti sekolah.. Anak-anak duduk rumah kan.. Nak berhubung tu payah.. Tu yang beli juga telefon bimbit baru.. Bila dah sampai, dia tak kesan kad sim juga.. Ah!! Sudah.. Tak kan kad sim rosak kot.. Bila jadi macam ini, baru terfikir nak cuba dekat telefon lain.. Sah.. Kad sim tu pula yang rosak.. Halah.. Halah.. Geram je rasa.. Mujurlah Sha memang ada kad sim extra untuk internet.. Ish.. Ish.. Lepas telefon, kad sim pula buat perangai.. Februari ini betul-betul menguji.. huhuhu..

Sha beli dekat Shopee je.. Cepat juga penghantaran dia.. Encik suami buat pembelian pada jam 1.16 pagi (09.02.2024) dan jam 4.33 petang (09.02.2024) seller pos barang.. Hari ini jam 1.56 tengahari (10.02.2024) Sha terima telefonnya.. Pantaskan..

Infinix Hot 30 (8+8GB Extended RAM l 256GB ROM)
Harga Asal RM499 + RM4.90(postage) = RM503.90 tapi Sha bayar RM423.90 sahaja selepas diskaun RM80 =  RM50(kedai) + RM30(shopee)

1 comment:

  1. Sim card itu memang terkadang rusak tak terbaca. Saya memang tak pernah mengalami, tapi suami berkali2 sim kad dia rusak tak terbaca 😅. Berkali2 diganti baru tp nomor tetap sama. Cuma memang tak Taulah apa penyebab

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..