Tuesday, February 13, 2024

Malaysia | Sue-On (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Tak kelakar memang tak sah.. Tambah bila ada tiga sekawan iaitu Awie, Ropie dengan Sharwani.. Hahaha.. Memang kelakar layan perangai diorang ini.. Tambah-tambah bila muncul hantu Korea bernama Sue-On yang tersangkut di perkampungan Awie.. Boleh pula si Sue-On ini mengajar hantu-hantu yang ada dekat Malaysia jadi lebih menakutkan dari biasa.. hahaha.. Lain macam perangai hantunya.. 

Sue-On
2023 ‧ Comedy/Horror ‧ 1h 36m
Director: Razif Rashid
Writer: Razif Rashid
Stars: Awie/Reen Rahim/Ropie/Sharwani Ns/Azlee Senario/Acey Bocey
Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya. Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..